Pusat Bantuan
Soalan Lazim
Cari jawapan tentang tambang, COD, penghantaran dan pengeluaran wang.
8 daripada 20 soalan sepadan
Apakah perbezaan COD dan DFOD?
COD bermakna penerima membayar nilai barang berserta tambang semasa penghantaran. DFOD bermakna penerima hanya membayar tambang penghantaran. Bagi Non-COD, tambang ditolak daripada dompet transaksi anda.
Bagaimana berat bungkusan dikira?
Berat dicaj ialah berat sebenar atau berat volumetrik, mengikut mana yang lebih tinggi. Formula volumetrik: (panjang x lebar x tinggi dalam cm) / 5000 bagi kebanyakan kurier. Berat maksimum umumnya 30kg sebungkus.
Bolehkah saya mengubah alamat selepas tempahan dibuat?
Tidak. Setelah tempahan dibuat, butiran pengambilan dan penghantaran tidak boleh dipinda. Sila pastikan semua maklumat tepat sebelum menghantar - butiran salah menjadi tanggungan pengirim dan tiada bayaran balik diberikan. Jika bungkusan belum diambil kurier, anda boleh membatalkan tempahan (tambang dipulangkan) dan membuat tempahan baharu.
Bagaimana membatalkan penghantaran?
Buka perincian penghantaran dan tekan Batalkan. Pembatalan hanya tersedia selagi bungkusan belum diambil kurier; tambang akan dipulangkan sepenuhnya ke dompet transaksi anda.
Apa berlaku jika penghantaran gagal diserahkan?
Kurier biasanya mencuba beberapa kali. Jika masih gagal, bungkusan dipulangkan kepada pengirim dan kos penghantaran pulang ditanggung pengirim. Status percubaan sentiasa kelihatan pada garis masa penjejakan.
Adakah semua kawasan diliputi?
Penghantaran tidak tersedia ke alamat Peti Surat (P.O. Box) dan sesetengah kawasan FELDA. Liputan lain bergantung pada kurier yang dipilih; kurier yang tersedia untuk laluan anda dipaparkan secara automatik semasa semakan kadar.
Bagaimana mencetak label penghantaran?
Selepas nombor konsainan diterima, buka perincian penghantaran dan tekan Cetak Label. Anda juga boleh memilih beberapa penghantaran di senarai dan mencetak sekali gus. Perhatian: sesetengah kurier (contohnya SPX) mewajibkan label rasmi mereka, jadi pilihan templat sendiri tidak tersedia bagi kurier tersebut.
Barang apa yang dilarang dihantar?
Antaranya: wang tunai, barang kemas dan logam berharga, bahan mudah terbakar atau meletup, aerosol, senjata, dadah, haiwan hidup, dokumen identiti asli dan barang yang menyalahi undang-undang. Penalti kurier atas barang tidak diisytihar ditanggung pengirim. Senarai penuh tertakluk kepada terma setiap kurier.